Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Sunday, 6 May 2012

family days SMKBP

.
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja! hehe

1 Mei yang lalu merupakan Hari Keluarga Warga SMKBP 2012.....
Ia telah diadakan di Agro Resort, Setiu dan dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan SMKBP.
Semestinya hari keluarga ini telah disambut dengan meriah oleh warganya.

Terima kasih kepada mereka yang dapat menghadirkan diri untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti yang telah lama dirancang ini..saya selaku Ajk Kelab Guru juga turut sama menjayakannya bersama-sama housemate2 ku. :)

Bayaran sebanyakk RM10 untuk seorang, dan RM30 untuk satu keluarga (tanpa mengira bilangan) adalah amat berbaloi sekali.Banyak hadiah dan cabutan bertuah disediakan dan setiap orang dijanjikan akan mendapat satu cabutan bertuah..aminn...

nak tau pe hadiah saya dapat? haha...untuk cabutan bertuah saya dapat tong sampah dan hamper plak melalui Treasure Hunt dan Harta Karun.bijak tak? haha...pasukan saya yang terdiri dari rakan-rakan serumah (kak ya. kak za dan farah) telah berjaya mendapat tempat ke-5 dari 15 pasukan yang bertanding.kira ok la tu kan?hihi.... (bangga plak...hehe).ni 1st time saya msuk Tresaure Hunt dan tak sangka plak memang best lah.soalan2 plak memang mantoppp skali sampai tak terjawab.hehe.

sempat jugak la kami sertai acara sukaneka seperti tiup belon paling besar,bowling kelapa, kupas kulit epal paling panjang. tiga2 kami kalah..haha.. ;p.tapi xpe lah, saja suke2 je kan..
akhirnya, acara tamat pada pukul 3 petang. fuhhh...legaa skali ~ (^_^)

p/s: gambar akan diupload kemudian.harap bersabar hehe

No comments: