assalamualaikum...
alhamdulillah..akhirnya perancangan kami ingin melawat negeri Kelantan Darul Naim ini tercapai akhirnyaa.... hehe. Persiapan dan perancangan telah dibuat sejak bulan Januari lagi. Syukur lah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. :p
Lawatan berkumpulan ini turut disertai oleh PPKI SK Bukit Payong dan PPKI SMK Putra. So..kami telah bersepakat untuk mengadakan lawatan pada 26 April 2012 bersamaan pada hari Khamis. 2 buah bas telah mengiringi kami ke Kelantan.Sekolah sy pul telah menghantar rombongan seramai 21 org, iaitu 16 pelajar, 1 ibu kepada pelajar, 2 guru dan 2 ppm.
Tepat pukul 8.00 pagi, kami bertolak dari sekolah dan menuju ke SMK Putra terlebih dahulu. Di situ, kami membaca doa selamat dan diringi ucapan PK1 SMK Putra... semua nya nampak hepi2 jer sebab 1st time tahun ni nk pergi lawatan.hehe...
Tempat pertama yang kami tuju ialah ke SK Seri Tumpat 1. Kedatangan kami disambut oleh guru PPKI di situ iaitu, En. Azram. Kebetulan pada hari tersebut, pihak sekolah SK Seri Tumpat 1 telah mengadakan karnival dan pameran. So, sempat la kami lihat pameran hasil kerja pelajar pendidikan khas beberapa buah sekolah yang tersangat la cute dan comel! hehe...nanti saya upload yer hasil kerja diorang. :)
Perancangan kami seterusnya ialah menaiki keretapi dari Tumpat ke Wakaf Bharu... tapi, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, rancangan tersebut tergendala... (waa...sedehnyee..sob..sobb.. :( )...saya pon 1st time baru nk try naik keretapi...yela, kat kole ganu mana ade sume ni...frust jugak la.budak2 pon sama.. lagipon, ni lah tujuan utama lawatan ini dibuat iaitu untuk membolehkan para pelajar merasai pengalaman menaiki keretapi.... tapi, takpe lah..mungkin dah takde rezeki...
hmm...nak tau sebabnya? ptama, tiket xpress shj yang ada berharga RM 7 seorang. (mahal siot!huh...)..tiket harga RM1 da abes dh hukhuk..then, jadual plg awal keretapi bertolak ialah pukul 5.00 ptg (huh...lewat gler!)..oleh sebab2 tersebut, terpaksalah di 'postpone' kan dahulu...
Oleh sebab kecewa, kami pon meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu lawatan ke Kompleks Bebas Cukia Pengkalan Kubor.. wahh..lega rasanya bila dapat shopping sakan kt sni..hehe... saya pn xtau nak beli apa pada mulanya. then, survey2, terbeli lah pisau kiwi sekotak, jug air,vacum jug dan sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang...yeayyy! hehe. dan tidak lupa juga toto jenama Sweaten untuk cik Farah yang memesannya. *wink wink*..oleh kerana cuaca tersangat lah panas, saya juga tlh membeli spek itam berharga RM 10..Wahh...haha..
Lepas tu, kami bertolak ke Pantai Seri 7, untuk sembahyang dan makan petang.. menu kami hanya nasi bungkus yang dibawa siap2 dari sekolah.kenyangla jgk sebelum balik tu...hehe. sempat jugak la kami mengambil gambar hehe.. pukul 5.00 ptg, kami bertolak pulang dan smpai ke sekolah dlm pukul 7.00 ptg... saya terus hantar aisyah, faiz dan zamarul pulang ke rmh masing2...
aiyoOOo...saya ade misi penting yang harus diselesaikan! Saya akan pulang terus ke kuala trg..huhu.. tawakal je la...ni 1st time saya drive sorg2 dan tgh2 malam gni...aduhhh.... moga Allah lindungi saya...syukur, akhirnya saya selamat sampai ke rumah dlm keadaan selamat dan kepenatan yang amat sangat... (^_^)v
No comments:
Post a Comment