Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Tuesday 10 July 2012

syukran... :)





syukran.. syukran...
alhamdulillah...akhirnya kami telah selamat disatukan pada 28 Mei 2012...
tepat pukul 10.05 pagi di Masjid Tok Jamal,Wakaf Mempelam..
semuanya berjalan dengan lancar dan seperti dirancang...
kini...statusku telah berubah dari  "single" ke "married"...yippi...! hehe

ia satu tugas dan tanggungjawab yang amat berat yang perlu dipikul sebagai seorang yang bergelar ISTERI...
walau bagaimanapun, segala beban dan masalah yang membelenggu diri selama ini akhirnya terlerai sudah....
saya dah sah menjadi isteri kepada MOHAMAD RIDUWAN BT RAMLI...
terima kasih abg kerana menerima ku seadanya... :-D

Mudah-mudahan kami tabah dan sabar menghadapi menghadapi hari-hari mendatang...
yang penuh dengan onak dan duri...
semoga semua ini akan mematangkan dan mengeratkan lagi perhubungan kami...
insyaAllah...

terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami berdua..
semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Doakan kami yer... (^_^)


Sunday 6 May 2012

family days SMKBP

.
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja! hehe

1 Mei yang lalu merupakan Hari Keluarga Warga SMKBP 2012.....
Ia telah diadakan di Agro Resort, Setiu dan dianjurkan oleh Kelab Guru & Kakitangan SMKBP.
Semestinya hari keluarga ini telah disambut dengan meriah oleh warganya.

Terima kasih kepada mereka yang dapat menghadirkan diri untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti yang telah lama dirancang ini..saya selaku Ajk Kelab Guru juga turut sama menjayakannya bersama-sama housemate2 ku. :)

Bayaran sebanyakk RM10 untuk seorang, dan RM30 untuk satu keluarga (tanpa mengira bilangan) adalah amat berbaloi sekali.Banyak hadiah dan cabutan bertuah disediakan dan setiap orang dijanjikan akan mendapat satu cabutan bertuah..aminn...

nak tau pe hadiah saya dapat? haha...untuk cabutan bertuah saya dapat tong sampah dan hamper plak melalui Treasure Hunt dan Harta Karun.bijak tak? haha...pasukan saya yang terdiri dari rakan-rakan serumah (kak ya. kak za dan farah) telah berjaya mendapat tempat ke-5 dari 15 pasukan yang bertanding.kira ok la tu kan?hihi.... (bangga plak...hehe).ni 1st time saya msuk Tresaure Hunt dan tak sangka plak memang best lah.soalan2 plak memang mantoppp skali sampai tak terjawab.hehe.

sempat jugak la kami sertai acara sukaneka seperti tiup belon paling besar,bowling kelapa, kupas kulit epal paling panjang. tiga2 kami kalah..haha.. ;p.tapi xpe lah, saja suke2 je kan..
akhirnya, acara tamat pada pukul 3 petang. fuhhh...legaa skali ~ (^_^)

p/s: gambar akan diupload kemudian.harap bersabar hehe

lawatan ke Kelantan 2012

assalamualaikum...

alhamdulillah..akhirnya perancangan kami ingin melawat negeri Kelantan Darul Naim ini tercapai akhirnyaa.... hehe. Persiapan dan perancangan telah dibuat sejak bulan Januari lagi. Syukur lah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. :p

Lawatan berkumpulan ini turut disertai oleh PPKI SK Bukit Payong dan  PPKI SMK Putra. So..kami telah bersepakat untuk mengadakan lawatan pada 26 April 2012 bersamaan pada hari Khamis. 2 buah bas telah mengiringi kami ke Kelantan.Sekolah sy pul telah menghantar rombongan seramai 21 org, iaitu 16 pelajar, 1 ibu kepada pelajar, 2 guru dan 2 ppm.

Tepat pukul 8.00 pagi, kami bertolak dari sekolah dan menuju ke SMK Putra terlebih dahulu. Di situ, kami membaca doa selamat dan diringi ucapan PK1 SMK Putra... semua nya nampak hepi2 jer sebab 1st time tahun ni nk pergi lawatan.hehe...

Tempat pertama yang kami tuju ialah ke SK Seri Tumpat 1. Kedatangan kami disambut oleh guru PPKI di situ iaitu, En. Azram. Kebetulan pada hari tersebut, pihak sekolah SK Seri Tumpat 1 telah mengadakan karnival dan pameran.  So, sempat la kami lihat pameran hasil kerja pelajar pendidikan khas beberapa buah sekolah yang tersangat la cute dan comel! hehe...nanti saya upload yer hasil kerja diorang. :)

Perancangan kami seterusnya ialah menaiki keretapi dari Tumpat ke Wakaf Bharu... tapi, disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, rancangan tersebut tergendala... (waa...sedehnyee..sob..sobb.. :( )...saya pon 1st time baru nk try naik keretapi...yela, kat kole ganu mana ade sume ni...frust jugak la.budak2 pon sama.. lagipon, ni lah tujuan utama lawatan ini dibuat iaitu untuk membolehkan para pelajar merasai pengalaman menaiki keretapi.... tapi, takpe lah..mungkin dah takde rezeki...

hmm...nak tau sebabnya? ptama, tiket xpress shj yang ada berharga RM 7 seorang. (mahal siot!huh...)..tiket harga RM1 da abes dh hukhuk..then, jadual plg awal keretapi bertolak ialah pukul 5.00 ptg (huh...lewat gler!)..oleh sebab2 tersebut, terpaksalah di 'postpone' kan dahulu...

Oleh sebab kecewa, kami pon meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu lawatan ke Kompleks Bebas Cukia Pengkalan Kubor.. wahh..lega rasanya bila dapat shopping sakan kt sni..hehe... saya pn xtau nak beli apa pada mulanya. then, survey2, terbeli lah pisau kiwi sekotak, jug air,vacum jug dan sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang...yeayyy! hehe. dan tidak lupa juga toto jenama Sweaten untuk cik Farah yang memesannya. *wink wink*..oleh kerana cuaca tersangat lah panas, saya juga tlh membeli spek itam berharga RM 10..Wahh...haha..

Lepas tu, kami bertolak ke Pantai Seri 7, untuk sembahyang dan makan petang.. menu kami hanya nasi bungkus yang dibawa siap2 dari sekolah.kenyangla jgk sebelum balik tu...hehe. sempat jugak la kami mengambil gambar hehe.. pukul 5.00 ptg, kami bertolak pulang dan smpai ke sekolah dlm pukul 7.00 ptg... saya terus hantar aisyah, faiz dan zamarul pulang ke rmh masing2...

aiyoOOo...saya ade misi penting yang harus diselesaikan! Saya akan pulang terus ke kuala trg..huhu.. tawakal je la...ni 1st time saya drive sorg2 dan tgh2 malam gni...aduhhh.... moga Allah lindungi saya...syukur, akhirnya saya selamat sampai ke rumah dlm keadaan selamat dan kepenatan yang amat sangat... (^_^)v

Tuesday 17 April 2012

ehem...ehem....


ehemm...hehe...
alhamdulillah...kad jemputan dan banting dh pon siap dan slamat smpai ke rumah.
semuanya diimport khas dari melaka bandar bersejarah.
jauh kan?hehehe...
kad ni kami tempah on9..murah jer. satu kad 39sen sahaja.
kalu kat kedai susah nak dapat harga murah cam gini.
tapi dengan syarat kena tempah 1000 kad la.huhu..
kat mana nk tempah? haa... nanti try la usha laman web die.
kadborong.blogspot.com.
pastu pilih la kad mana yg berkenan, then booking terus.senangkan?
semua dihujung jari.hehehe
jeng..jengg....jenggg..
nak tau harga semuanya?emm...only RM480 termasuk caj penghantaran RM50...
ok la tu kan..hehe...
nanti dh siap pilih kad die akan emel kat kita kad yang dia dh wat.
kalu setuju bleh terus bayar deposit dan tunggu jela kad tu sampai ke rumah.
dalam masa 2 minggu kad dh pon siap! hehe..
kad kawen saya? supriseee....hehe.
nanti la ade masa lagi saya upload plak kad kawen tu.
(saja nk wat suspen..hehe)
sekarang super super busy....huhu..
ok lah..jumpa lagi :)

Monday 2 April 2012

my bro engagement

haii...alhamdulillah...
adik lelaki saya selamat menjadi tunangan orang pada 24 march 2012 baru-baru ni...
bakal isterinya merupakan orang Tanggol, kuala berang. mmg cun dan sepadan la diorang ni..
hehe.
hmm..disebabkan kesibukan melanda semenjak dua menjak ni,baru skrg saya ada masa nak upload  gambar2 pertunangan diorang..
sooo...just take a look ya... hehehe..







haaa...cantik kan pelamin tunang diorang... hehe. hantaran 5 berbalas 7.. sweet sgt2..
hmm...bila nak kawen? entah la...tapi dengar2nya tarikh sangat la dekat ngn tarikh saya..
sempat ke???? alamakkk.......hmm...
mesti letih gilaaa...huhu...
xper la... malas nk pikir lagi....

ok la ..setakat ini saje. saja nk kongsi event dlm family saya.xper kan? hihi....